Feed on
Posts
Comments

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan skim khairat kematian untuk warga kota yang dikenali dengan nama Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, skim itu bertujuan mengurangkan kesedihan dan meringankan beban mereka yang kematian ahli keluarga.

Beliau mengakui, dalam kesibukan mengejar kemajuan ekonomi, memang terdapat golongan yang tersisih daripada arus pembangunan.

“Mereka termasuklah golongan mudah miskin yang hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

“Dengan peningkatan kos sara hidup, golongan ini menghadapi kesukaran menampung perbelanjaan harian. Tanpa bantuan kerajaan dan mereka yang prihatin, golongan ini akan terus dihimpit kemiskinan,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran skim itu dan majlis berbuka puasa peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Skim khairat kematian itu amat unik kerana ia terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira kaum atau agama selagi memenuhi syarat yang ditetapkan.

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) selaku pengurus skim akan menyumbang RM2,500 kepada penama setelah membayar yuran RM5 yang hanya perlu dilunaskan sekali sahaja seumur hidup.

Syarat untuk mendapat khairat itu ialah:

l Berusia antara 21 tahun hingga 75 tahun

l Bermastautin di Wilayah Persekutuan

l Berdaftar sebagai pengundi di Wilayah Persekutuan

l Mengemukakan dua orang penama.

Pada majlis sama juga, YWP menyampaikan bantuan Ihya’ Ramadan sebanyak RM80,000 kepada 320 individu yang tidak bernasib baik dengan setiap seorang akan menerima RM250.

Dalam pada itu, YWP turut memperuntukkan RM235,000 untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan seperti anak- anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

Petronas Dagangan Bhd menawarkan peluang kepada individu berkelayakan untuk membuka Kedai Serbaneka Petronas Mesra Shoppe.

Ia selaras dengan rancangan memperluaskan rangkaian Petronas Mesra Shoppe, kedai serbaneka 24 jam baru yang tidak menawarkan operasi stesen minyak di seluruh negara, tidak lama lagi.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Mohd Sabarudin Mohd Amin, berkata ia berikutan sambutan menggalakkan terhadap projek perintis kedai serbaneka 24 jam baru itu sejak ia dibuka di beberapa lokasi terpilih, Februari lalu.

Mohd Sabarudin berkata, kedai serbaneka baru itu beroperasi mengikut sistem pengendali berlesen, konsep sama seperti pengendali stesen minyak Petronas ketika ini.

Katanya, sekiranya permohonan berjaya, pengusaha perlu memenuhi syarat yang ditetapkan Petronas Dagangan, termasuk menyediakan modal permulaan RM150,000 untuk operasi kedai dan bersedia mengendalikan kedai secara sepenuh masa.

Maklumat lanjut mengenai Mesra Shoppe, boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Kedai Mesra, Bahagian Perniagaan Peruncitan, Petronas Dagangan di 03-23314359.

Beliau berkata, pihaknya akan bertanggungjawab memilih lokasi, menyediakan kedai, menjalankan kajian potensi pasaran dan tanggungan modal pembangunan kedai sepenuhnya bagi memastikan cawangan Mesra Shoppe mampu berdaya saing.

“Pemohon yang berminat, perlu menepati syarat asas iaitu warga negara Malaysia, berumur 25 tahun ke atas dan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Mesra Shoppe, boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Kedai Mesra, Bahagian Perniagaan Peruncitan, Petronas Dagangan di 03-23314359.

Kakitangan awam khususnya guru boleh menggunakan panduan memohon cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa yang disediakan di bawah.

Tempat Pengajian
  • Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti berikut sahaja iaitu Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).
  • Universiti Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Kategori
  • Ijazah Sarjana Muda – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma  (PPPLD)
  • Ijazah Sarjana – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS)
  • Ijazah Kedoktoran – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)
Maklumat Tawaran
  • Surat Edaran Permohonan CBTG bagi PPP
  • Tatacara permohonan CBTG bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah seperti di Lampiran A
  • Syarat-syarat Permohonan CBTG bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti di Lampiran B
  • Prinsip – prinsip Pemberian CBTG bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti di Lampiran C
  • Urusan Perkhidmatan Semasa CBTG bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti di Lampiran D
Penajaan
Pembiayaan  Sendiri
Dokumen Permohonan
Borang Yang Perlu Diisi:
  1. Borang Permohonan Cuti Belajar Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan –KPM(BT)LD-1/2010
  2. Borang  Perakuan Daripada Ketua Jabatan Bagi Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – KPM(BT)LD- 2/2010 (Pindaan CBTG)
  3. Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Pegawai Sebelum Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – KPM(BT)LD- 3/2010
Dokumen yang perlu disertakan:
1.     Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
2.     Salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang kemaskini
3.     Salinan Sijil-sijil Akademik/ Transkrip yang disahkan
4.     Salinan Surat Pengesahan Pelantikan yang disahkan
5.     Salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan yang disahkan
6.     Salinan Surat Perisytiharan Harta yang disahkan
7.     Salinan Slip Gaji Terkini yang disahkan

Semakan Kemasukan Ke IPTA boleh dibuat sekarang di laman web UPU. Semakan Kemasukan Ke IPTA ini adalah untuk lepasan SPM, STPM dan program Diploma Pendidikan.

Semakan boleh dibuat di laman web berikut dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda.

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah bagi mengisi jawatan berikut :-

a. Penyelia (Tarikh Tutup Permohonan: 15 Mei 2010)

Gaji: RM 52.40 sehari tidak termasuk elaun.

b. Pembanci (Tarikh Tutup Permohonan: 20 Mei 2010)

Gaji: RM 35.70 sehari tidak termasuk elaun.

Maklumat lanjut sila download PDF di bawah.

Download Iklan Jawatan Pembanci

Permohonan bolehlah dibuat di www.jobsmalaysia.gov.my

Update Terkini: Calon Temuduga KPLSPM Ambilan Jun 2010 boleh membuat semakan di sini

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/tdjun10/

Adalah dimaklumkan semakan penggilan temuduga on-line yang dijadualkan pada tarikh 20 April 2010 (Selasa) ditunda kepada 25 April 2010 (Ahad). Calon dinasihatkan untuk melawati laman sesawang kementerian dari semasa ke semasa. Pihak Bahagian Pendidikan Guru kesal atas kesulitan yang berlaku.

Sebarang keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Guru di talian 03-88841228/1229/1231/1232/1249.

Calon juga boleh mencetak Kalendar Aktiviti terkini sebagai rujukan.

Download Kalendar KPLSPM Di Sini

Sekian, harap maklum.

Older Posts »